Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif. Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu (iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau tidak. Pengertian kebahagiaan berbeza-beza antara seorang dengan seorang. Ada yang berasa bahagia kalau dia mendapat makanan, pakaian dan kediaman yang paling sederhana, terelak daripada penyakit, kelaparan, dan perang. Sebaliknya, ada orang berasa tidak bahagia meskipun hidupnya dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan senang-lenang. Ada orang berasa tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai kuasa, status, dan kekayaan. itu kebahagiaan seperti yang di maksudkan dan di sepertujui oleh segenap manusia. adakah anda bahagia sekarang ? atau pun anda bahagia di dalam senyuman kedukaan. Kebahagiaan boleh di kecapi dalam aper jua keadaan. terpulang pada individu itu sendiri untuk merasai dan seterus nya ,menghargai nya. namun ape lah maksud kebahagiaan jikalau hati kita tidak ikhlas utk menerima nya. sama lah jua pada orang yang memberi kebahagiaan pada diri kita. dia mestilah ikhlas memberi nya tanpa berniat2 ape2 kepentingan pada diri kita. baru lah kebahagiaan itu dapat kita kecapi.
Tuesday, June 22, 2010
Kebahagiaan itu lahir dari keikhlasan hati yang memberi
kebahagiaan tidak dapat di nilai dengan wang ringgit. ia nya jua tidak sama luas taraf nya dengan emas. kebahagiaan lebih berharga dari semua benda di dunia ni. kebahagiaan itu lahir dari hati yang ikhlas memberi.
Dicatat oleh AMiRuL Mhd KaSiM di 11:13 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 ulasan:
Post a Comment